Posts

Perjalanan Pendosa

 Perjalanan pendosa Jika diikutkan kesedihan yang menyelubungi jiwa, akulah hamba yang sepatutnya benar-benar bersedih atas kelalaian jiwaku sendiri. Mengejar dunia yang membuatkan diriku makin lelah, makin lemah. Kelalaian ini satu kesakitan buat jiwa umat Islam, sakit yang tersangat parah! Jika hati sentiasa mengingati Allah, aku yakin dan pasti kelalaian itu dapat dibendung. Namun mengapa hati ini kian lama kian lupa! Lupa hakikat diri sebagai seorang hamba yang perlu mengabdikan diri hanya kepada Allah. Ya Rabb, sungguh besar dan mencabar kehidupan pada zaman penghujung ini. Pantas, aku teringat pesan Ustaz Wadi Anuar, pesan beliau...sebagai ibu bapa, apa yang perlu dirisaukan oleh orang tua pada zaman ini ialah apa agama anak-anak suatu hari nanti, bukan lagi apa pekerjaan yang anak-anak dapat. Kerisauan itu bukan pada kerja apa yang anak-anak dapat, malah yang perlu dikhuatirkan ialah apakah agama anak-anak kita suatu hari nanti? Astagfirullah, bertambah kerisauan dan ralat d...

Hijrah Muslimat

Hijrah Muslimat, Dia seorang gadis tidak dikenali, Seringkali dia dipandang selekeh, Kerap juga dia terasa,namun terubat saat mengenangkan TuhanNya. Dia gadis,tidak juga menawan tidak juga hodoh. Ciptaan Tuhan itu baik-baik, Namun manusia sering mempersendakan, Seakan-akan menghina ciptaan TuhanNya. Dia gadis,sering terfikir. Bagaimana untuk menjadi solehah, Bagaimana untuk berakhlak mulia. Dia seorang gadis, Yang berjanji tidak akan pernah jemu untuk bertaubat, Namun apa kan daya, Gelaran maksum bukan untuk kita. Kadang tersungkur jua. Dia seorang gadis yang lemah, Namun kerana TuhanNya dia kuatkan diri untuk terus kuat. Kerana Al Qawiyy diri itu bangkit jua. Penghijrahan ini akan diteruskan, Walaupun terlalu banyak Jahiliyyah datang melamar, Biarkan saja iman di dada menjadi benteng untuk terus kekal berhijrah. Salam Sayang dari kak Munifah